KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Seramai 2,060,997 pelajar sekolah menengah terlibat dalam sesi persekolahan secara bersemuka mulai hari ini, setelah mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) sejak awal sesi persekolahan 2022/2023 bulan lepas.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, bagi sekolah rendah pula, seramai 2,674,104 murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka sejak sesi persekolahan bermula pada 21 Mac lepas.