KOTA KINABALU - Jabatan Penyiaran Malaysia negeri Sabah hari ini memohon maaf kepada orang ramai atas kesilapan stesen radio kendaliannya Tawau.FM menyiarkan azan maghrib lebih awal daripada waktu yang dijadualkan semalam.
Pengarahnya, Zulkefli Mohd berkata, jabatan itu menyedari kepentingan siaran azan khususnya pada waktu maghrib sepanjang Ramadan sebagai panduan untuk umat Islam berbuka puasa, bagaimanapun penyiaran azan maghrib empat minit lebih awal semalam adalah tidak disengajakan.