Tidak timbul isu penjualan aplikasi MySejahtera: KJ
Iklan
Khairy Jamaluddin
KUALA LUMPUR - Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan tidak timbul isu penjualan aplikasi MySejahtera kepada pihak swasta, sebaliknya apa yang berlaku adalah pemilikan MySejahtera dipindahkan sepenuhnya daripada agensi kerajaan lain kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Beliau berkata, kerajaan juga tidak pernah membuat sebarang bayaran kepada KPISOFT (M) Sdn Bhd iaitu syarikat yang menyediakan aplikasi tersebut memandangkan ia dilaksanakan melalui tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk tempoh setahun bermula 27 Mac 2020 hingga 31 Mac 2021.
Iklan
Iklan
"Pada 26 November 2021, satu Memorandum Jemaah Menteri oleh Jabatan Perdana Menteri (kementerian bertanggungjawab bagi Majlis Keselamatan Negara) telah dibincangkan yang akhirnya dipersetujui di peringkat Jemaah Menteri agar pemilikan aplikasi MySejahtera dipindahkan daripada MKN kepada KKM.
Ia bertujuan memudahkan pengoperasian sistem, pemantauan dan pengesanan kontak serta memperkasa hebahan tentang kesihatan awam.
"Setelah tamat tempoh CSR tersebut, Jemaah Menteri pada 31 Mac 2021, bersetuju supaya perkhidmatan MySejahtera diteruskan kerana keteguhan dan keupayaan dinamik teknologinya,” katanya ketika menggulung perbahasaan usul berhubung aplikasi MySejahtera di Dewan Negara pada Khamis.
Iklan
Khairy Jamaluddin berkata, kerajaan kemudian meneruskan kerjasama dengan syarikat itu dalam melaksanakan peningkatan fungsi MySejahtera sehingga ke hari ini.
Menurutnya, selepas dilantik menjadi Menteri Kesihatan pada 30 Ogos 2021 dan meneliti tadbir urus disebalik pengoperasian aplikasi MySejahtera.
"Saya berpandangan adalah wajar untuk KKM mengambil alih sepenuhnya pengendalian dan operasi MySejahtera memandangkan fungsi utama MySejahtera serta data yang diperolehi menerusi aplikasi ini merupakan data berkaitan kesihatan
Iklan
Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim sebelum itu membenarkan usul yang di bawa Senator Muhammad Zahid Md Arip dibahaskan.
Mengulas lanjut, Khairy berkata,selaras dengan keputusan jemaah menteri ini juga, satu Jawatankuasa Pemandu telah ditubuhkan yang dipengerusikannya dan dianggotai pelbagai agensi berkepentingan seperti Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan beberapa pihak lain bagi tujuan mengadakan rundingan bersama syarikat pengendali MySejahtera.
"Jawatankuasa Pemandu ini juga akan membincangkan tentang hala tuju aplikasi MySejahtera selepas ini lebih-lebih lagi selepas ini kita beralih ke fasa peralihan pandemik dan seterusnya mencapai fasa endemik kelak,” katanya.
Sementara itu, dalam penggulungan sama, Khairy turut mengulangi kenyataan bahawa data dan maklumat yang diperolehi menerusi penggunaan aplikasi MySejahtera adalah hak milik penuh dan mutlak kerajaan.
"Saya ingin memberi jaminan bahawa segala data yang tersimpan di dalam pangkalan data MySejahtera adalah terpelihara dan hanya bagi tujuan kawalan pandemik oleh KKM sahaja,” ujarnya.
Tambahnya, dalam hal ini, penggunaan dan pengurusan data MySejahtera adalah tertakluk kepada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342], Akta Perubatan 1971 [Akta 50] dan piawaian antarabangsa.
"Selain itu, transaksi data daripada aplikasi MySejahtera dimuat naik ke jaringan pelayan awan setiap hari dan hanya boleh diakses untuk kegunaan aplikasi MySejahtera serta aplikasi sokongan yang berkaitan dengan pandemik Covid-19 sahaja,” katanya.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.