71 laporan salah laku direkodkan PRN Johor: Bersih 2.0
Iklan
Asraf (kiri), Thomas dalam sidang media Laporan Pemerhatian PRN Johor secara dalam talian pada Rabu.
SHAH ALAM - Sebanyak 71 laporan yang direkodkan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) berkaitan salah laku dan kesalahan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang melibatkan 21 Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan 38 pemerhati yang bertugas bagi setiap kawasan.
Pegawai Program Bersih 2.0, Mohd Asraf Sharafi berkata, kesalahan pilihan raya tersebut meningkat lebih banyak berbanding PRN Melaka sebanyak 35 kesalahan dan PRN Sarawak 59 kesalahan.
Iklan
Iklan
Katanya, kawasan terlibat seperti di DUN Buloh Kasap, Pemanis, Gambir, Simpang Jeram, Bukit Naning, Sungai Balang, Semerah, Parit Raja, Senggarang, Machap, Layang-Layang, Pasir Raja, Tiram, Johor Jaya, Permas, Larkin, Kempas, Skudai, Kota Iskandar, Bukit Permai dan Kukup.
Menurut beliau, antara kesalahannya ialah rasuah dan beli undi, penjamuan dan pemberian hadiah, tekanan tidak wajar, penggunaan sumber dan aset kerajaan, kempen perkauman, kelakuan berat sebelah oleh pegawai awam, kesalahan pada hari pengundian dan masalah daftar pemilih dan hari pengundian.
Iklan
"Pemerhati Bersih 2.0 sempat menyaksikan satu kesalahan sebagai kesalahan rasuah yang dilakukan di luar pusat pengundian Sekolah Kebangsaan (SK) Serkat di dalam DUN N.56 Kukup oleh jentera Barisan Nasional (BN).
"Selain itu, 33 kesalahan yang boleh dianggap sebagai kesalahan penjamuan dan pemberian. Ia banyak dilakukan oleh calon-calon daripada Perikatan Nasional (PN) seperti membuka gerai prihatin pada 4 Februari 2022 dengan menjual barangan harga lebih murah daripada harga pasaran di Pasar Tani Pagoh. Gerai tersebut dirasmikan oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Iklan
"Pemantau Bersih 2.0 juga telah memerhati sebanyak 11 kesalahan penyalahgunaan sumber dan jentera kerajaan dalam PRN Johor. Sembilan kesalahan itu dilakukan oleh BN manakala dua lagi dilakukan oleh PN,” katanya dalam sidang media Laporan Pemerhatian PRN Johor secara dalam talian pada Rabu.
Turut dihadiri, Pengerusi Bersih 2.0, Thomas Fann dan beberapa wakil pemerhati Bersih 2.0 PRN Johor.
Dalam pada itu, Asraf menjelaskan, terdapat 17 kesalahan yang dapat disahkan sebagai satu kesalahan pilihan raya di bawah Seksyen 20 (mengangkut pengundi) dan Seksyen 24A (batasan hari pengundian) Akta Kesalahan Pilihan Raya.
"Direkodkan, 13 kesalahan membuka pondok panas dan merayu undi diperhatikan. BN paling banyak membuka pondok-pondok panas dan merayu undi walaupun ada di antaranya berjarak lebih 50 meter daripada pusat pengundian.
"Malah ada pondok panas yang dibuka di dalam Rumah Orang Tua yang jarak lebih sedikit 50 meter dari Pusat Pengundian SJK (C) Tampoi di DUN Kempas.
"Selain itu, mengangkut pengundi merupakan satu kesalahan pilihan raya di bawah Seksyen 20 Akta Kesalahan Pilihan Raya. Namun demikian, hampir semua parti politik kelihatan mengangkut pengundi pergi dan balik daripada pusat pengundian," ujarnya.
Tambahnya, kenderaan digunakan turut ditampal 'stiker' calon dengan lambang parti namun ada yang kosong sekadar mempunyai bendera parti politik sahaja.
Bagaimanapun katanya, jumlah laporan kes-kes ini tidak mencerminkan secara keseluruhan kesalahan-kesalahan pilihan raya yang berlaku di dalam PRN Johor.
"Ini kerana kawasan yang dipantau adalah terhad dan mungkin lebih banyak kes-kes yang tidak dapat dipantau serta dilaporkan,” jelasnya.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.