'Saya masih lagi berlapang dada'

Iklan
Antara aksi menarik perlawanan PDRM menentang Kelantan United pada aksi Liga Premier di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur. - Foto Kelantan United Football Club

Wan Rohaimi puji karakter pemain PDRM ketika berdepan Kelantan United

PENGENDALI PDRM FC, Wan Rohaimi Wan Ismail, menyifatkan The Cops kurang bernasib baik ketika kalah 0-1 kepada Kelantan United pada aksi Liga Premier di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur.

Sebaliknya, Wan Rohaimi memuji aksi yang ditampilkan para pemainnya selepas memperagakan peningkatan berbanding ketika tewas 0-2 kepada Perlis United FC di pusingan pertama Piala FA.

Iklan
Iklan

Tambahnya, jaringan penalti yang dilakukan Jacob pada separuh masa kedua sedikit sebanyak menjejaskan momentum para pemain yang telah beraksi cemerlang.

"Minggu yang sukar bagi kami tetapi hendak dibandingkan dengan perlawanan semasa bertemu Perlis, saya rasa sangat jauh berbeza kerana hari ini lebih baik cuma sepakan penalti yang diberikan kepada lawan menjejaskan semangat kami.

Iklan

"Saya masih lagi berlapang dada kerana dari segi momentum dan komitmen pemain, saya sangat berpuas hati dan berterima kasih di atas kesungguhan diberikan para pemain.

"Takdir seperti tidak menyebelahi kami untuk perlawanan ini, cuma saya minta pemain jangan sikap berputus asa kerana perjalanan liga pada musim ini masih lagi panjang.

Iklan

"Cuma saya akui pasukan masih tercari-cari rentak yang hilang sebelum kami dilanda Covid-19 dan harap ada sinar selepas ini, malah saya juga mahu pemain import kembali bangkit kerana persembahan mereka masih lagi 50-50 di mata saya,” katanya.

Pada perlawanan tersebut, pemain import Kelantan United dari Nigeria Njoku Jacob menjadi duri dalam daging buat PDRM selepas menyempurnakan sepakan penalti ala 'panenka', pada babak kedua sekali gus muncul wira Kelantan United.

Kekalahan tersebut menyaksikan PDRM FC kini berada di kedudukan ketiga dengan mengumpul tiga mata dalam dua perlawanan.