6 maut batu hempap kuari di Oman

Iklan
Insiden runtuhan batu yang menimbus pekerja kuari di Oman. - Foto Agensi

MUSCAT - Sekurang-kurangnya enam pekerja maut dan empat cedera selepas ketulan batu besar menghempap sebuah kuari di utara Oman.

Pihak berkuasa Pertahanan Awam dan Ambulans negara Teluk (CDAA) berkata, runtuhan susulan batu itu turut menyukarkan usaha menyelamat di kuari yang terletak di Ibri, Dhahirah.

Iklan
Iklan

"Setakat ini, enam mayat telah dijumpai dan empat lagi berada dalam keadaan tidak mengancam nyawa," katanya. - AFP