Kadar zakat fitrah kekal RM7, RM10
Iklan
Mohd Fared (tengah) menunjukkan papan kenyataan jumlah kadar bayaran zakat fitrah yang ditetapkan pada sidang media berkenaan
ISKANDAR PUTERI - Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menetapkan kadar bayaran zakat fitrah tahun ini dikekalkan dengan jumlah RM7 dan RM10.
Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, penetapan kadar itu juga dikekalkan berdasarkan dua kategori pembayar zakat berdasarkan jenis beras yang digunakan dalam keluarga.
Iklan
Iklan
"Penetapan harga fitrah berdasarkan harga beras mengikut gred dan jenis yang dimakan kebanyakan umat Islam di Johor pada timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.6 kilogram (kg),” katanya ketika sidang akhbar Pengumuman Kadar Zakat Fitrah bagi tahun 2022 di Hotel Jen di sini, pada Isnin.
Mohd Fared berkata, pembayaran zakat fitrah boleh dilunaskan menerusi beberapa kaedah termasuk secara langsung serta dalam talian bagi memudahkan urusan pembayaran tuntutan wajib itu.
Iklan
"Antara yang digalakkan, MAINJ juga telah menyediakan platform pembayaran menerusi perbankan dalam talian seperti Zakat Johor Online Payment melalui Kod QR Fatpay dan Aplikasi Tulus.
"Bagaimanapun, umat Islam juga masih boleh melunaskan pembayaran zakat itu secara tradisional di mana-mana kaunter MAINJ di setiap daerah atau melalui amil zakat yang dilantik,” katanya.
Iklan
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah juga memaklumkan, seramai 1,648 amil telah dilantik dan diberi tauliah bagi menjalankan tugas memungut fitrah di seluruh negeri ini.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata, tahun ini, MAINJ juga telah menetapkan unjuran pungutan sebanyak RM18.8 juta melibatkan kira-kira 2.1 juta pembayar zakat fitrah.
Seorang pelajar Orang Asli, Fifi Nurfatin Marjaidi Hirwan berjaya meraih keputusan cemerlang 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang diumumkan pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.
Fifi Nurfatin, bekas pelajar dari Sekolah Menengah Sains Tapah mengakui pada mulanya tidak meletakkan sasaran tinggi memandangkan hanya memperoleh 3A ketika kertas percubaan SPM lalu.
Bagaimanapun dia bangkit dan bertekad untuk membanggakan kedua ibu bapanya, Noorhayati Alang, 40, dan Marjaidi Hirwan Sinak, 40, dengan pencapaian cemerlang itu.
Artikel:
https://www.sinarharian.com.my/article/666999/edisi/perak/ibu-bapa-jadi-penguat-semangat-pelajar-orang-asli-raih-9a
Muzik: Elevate dari www.bensound.com