Malaysia, Indonesia senada perhebat usahasama industri pertahanan
Iklan
SHAH ALAM - Kerajaan Malaysia dan Indonesia senada untuk meningkatkan lagi usahasama Angkatan Tentera Malaysia dan Tentera Nasional Indonesia.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ia termasuk mengukuhkan lagi kawalan sempadan Sarawak-Kalimantan, meningkatkan latihan bersama dan membawa kerjasama industri pertahanan ke tahap yang lebih tinggi.