Ditangkap selepas tujuh tahun diburu polis

Iklan
Lelaki itu antara 59 orang yang dikehendaki kerana memperdagangkan 97 pendatang Rohingya di daerah Hua Sai di Nakhon Si Thammarat pada Januari 2015. - Foto hiasan 123RF

BANGKOK - Polis Thailand menahan seorang lelaki tempatan kerana didakwa terlibat dengan kes pemerdagangan migran Rohingya ke Malaysia.

Menurut laporan Bangkok Post, lelaki berusia 54 tahun dari daerah Sadao di wilayah selatan Songkhla itu ditahan di Samut Prakan, selatan Bangkok pada Khamis selepas tujuh tahun melarikan diri.

Iklan
Iklan

Komander Polis Daerah Wilayah 8, Mejar Jeneral Napanwut Liamsa-nguan berkata, lelaki itu adalah antara 59 orang yang dikehendaki kerana memperdagangkan 97 pendatang Rohingya di daerah Hua Sai di Nakhon Si Thammarat pada Januari 2015.

Beliau berkata, mahkamah di wilayah selatan Nakhon Si Thammarat mengeluarkan waran tangkap kepada lelaki terbabit pada Mei 2015.

Iklan

Lelaki itu didakwa membekalkan migran Rohingya dari Myanmar dan Bangladesh melalui Thailand ke Malaysia.

"Suspek menerima 50,000 baht bagi setiap pendatang," kata Napanwut, dipetik Bangkok Post.

Iklan

Dia dibawa ke balai polis Hua Sai di Nakhon Si Thammarat untuk didakwa. - Bernama