Warga Bangladesh maut dihempap tong pasir
Iklan
Mangsa yang juga warga Bangladesh disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian di sebuah tapak pembinaan di Bandar Pinggiran Subang pada Jumaat.
SHAH ALAM - Seorang lelaki maut dihempap tong pasir di sebuah tapak pembinaan di Bandar Pinggiran Subang, di sini pada Jumaat.
Mangsa yang juga merupakan warga Bangladesh itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Iklan
Iklan
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat, Sungai Buloh berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 11.57 pagi dan tiba di lokasi kejadian kira-kira 15 minit kemudian.
"Laporan awal diterima membabitkan seorang lelaki yang dihempap tong pasir di kawasan tapak pembinaan bangunan.
Iklan
"Anggota bomba berjaya mengeluarkan mangsa dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya menerusi satu kenyataan pada Jumaat.
Kenyataan itu turut memaklumkan, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="JPNS diminta beri penjelasan kantin sekolah jual makanan tidak bersih" /><meta itemprop="description" content="JPNS diminta beri penjelasan kantin sekolah jual makanan tidak bersih
BERITA SEMASA 28 APRIL 2024
Exco Pendidikan Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif akan mendapatkan penjelasan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) berhubung isu tular yang mendakwa pihak kantin menjual makanan tidak bersih di sebuah sekolah menengah di sini baru-baru ini, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Diminta mengulas lanjut, Mohd Arifin menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap isu terbabit.
Dalam pada itu, JPNS turut diminta memastikan pengusaha kantin atau pemegang tender membekalkan makanan di asrama mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dalam penyediaan makanan kepada murid atau pelajar di sekolah masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/661794/berita/semasa/jpns-diminta-beri-penjelasan-kantin-sekolah-jual-makanan-tidak-bersih 
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Sabah #Tularmakanantidakbersih #kantinsekolah" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-04-28T09:03:27.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/WCVQ01cBX3gDuMgyK/x120" /><meta itemprop="duration" content="P71S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8xl6rk" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8xl6rk"></script>