Amaran ribut petir di enam negeri, Wilayah Persekutuan Labuan

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan beberapa kawasan di enam negeri dan Wilayah Persekutuan Labuan. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan beberapa kawasan di enam negeri dan Wilayah Persekutuan Labuan hingga jam 1 pagi esok.

MetMalaysia dalam kenyataan malam ini memaklumkan kawasan yang terjejas di Semenanjung merangkumi seluruh Perlis serta beberapa daerah di Kedah, iaitu Langkawi, Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Kota Setar dan Pendang.

Iklan
Iklan

Di Pahang pula, kawasan yang terlibat ialah Bentong, Bera, Temerloh, Pekan dan Rompin, manakala di Negeri Sembilan melibatkan Jelebu dan Jempol.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Sarawak yang meliputi Kuching, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Serian (Siburan), Limbang serta Miri (Marudi, Telang Usan, Beluru dan Miri).

Iklan
Iklan

Sementara itu, di Sabah, kawasan terjejas ialah Pedalaman (Membakut, Keningau, Pensiangan, Kuala Penyu, Sook, Tenom, Sipitang dan Beaufort), Tawau (Lahad Datu, Kunak, Kalabakan dan Tawau) serta Sandakan (Kinabatangan dan Tongod), selain keseluruhan Wilayah Persekutuan Labuan. - Bernama