Lelaki OKU maut tercampak keluar kereta berpusing selepas terbabas

Iklan
Keadaan kerera dipandu mangsa yang terbabas di Jalan Mengkarak Station di Bera pada Ahad.

BERA - Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) maut selepas tercampak keluar dari kereta dipandu yang terbabas melanggar tebing di Jalan Mengkarak Station di sini pada Ahad.

Dalam kemalangan kira-kira jam 1 tengah hari itu, mangsa, Sin Wee Liang, 43, dari Taman Berlian di sini disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, siasatan awal mendapati, mangsa yang memandu kereta jenis Honda City dipercayai dalam perjalanan dari arah Triang menghala ke Mengkarak.

Keadaan di lokasi kemalangan Jalan Mengkarak Station di Bera yang meragut nyawa pemandu OKU.

Iklan

Menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian, kereta dipandu lelaki itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas menaiki lereng bukit di sebelah kanan jalan.

"Kenderaan tersebut berpusing sebelum jatuh ke bahu jalan dan akibat kejadian, mangsa tercampak keluar ke dalam longkang di kanan jalan tersebut.

Iklan

"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala mayatnya dihantar ke Hospital Bera untuk proses bedah siasat," katanya.

Zulkiflee berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Sampel darah dan urin mangsa diambil bagi ujian toksikologi," katanya.