Malaysia sedia khidmat jurubahasa, penterjemah dalam acara rasmi

Iklan
Ismail Sabri - Foto Bernama

SHAH ALAM - Malaysia akan menyediakan kemudahan jurubahasa dan penterjemah susulan keputusan kerajaan untuk menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam acara rasmi di peringkat kebangsaan dan dalam negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia akan dikendalikan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM).

Iklan
Iklan

"Malaysia akan mengambil langkah yang sama dengan menggunakan bahasa Melayu dalam acara rasmi di peringkat antarabangsa.

"Begitu juga, untuk acara antarabangsa yang dianjurkan di dalam negara, bahasa Melayu akan digunakan sebagai bahasa utama.

Iklan

"Untuk tujuan ini, kerajaan akan menyediakan kemudahan jurubahasa dan penterjemah yang akan dikendalikan oleh JPM dan ITBM, agensi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),” katanya ketika sesi pemberitahuan pertanyaan lisan Dewan Negara pada Rabu.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Isa Ab Hamid yang meminta untuk menyatakan usaha kerajaan dalam memperkasa dan memartabatkan bahasa Melayu dalam urusan diplomatik luar negara serta hubungan antarabangsa.

Iklan

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, pindaan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka akan dilaksanakan segera.

Jelasnya, KPM akan memulakan perbincangan dengan Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.