Gempa bumi sederhana di Taiwan

Iklan
Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter berlaku di Taiwan pada 4.30 pagi tadi.

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter berlaku di Taiwan pada 4.30 pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) gempa dengan kedalaman 47 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 90km timur dari Chiayi, Taiwan.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, berdasarkan penilaian awal, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. - Bernama

Iklan
Iklan