Kedai jahit musnah terbakar
Iklan
KUALA LUMPUR - Sebuah kedai jahit musnah dalam kebakaran di rumah kedai di Jalan Medan Midah, Taman Midah di sini pada Selasa.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Kuala Lumpur dalam kenyataan pada Selasa berkata, dalam kejadian sekitar jam 7 pagi itu, tiga buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Razak, BBP Hang Tuah serta BBP Pudu dikerahkan ke lokasi kejadian.