Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan tahniah kepada HTA

Iklan
Agong dan Raja Permaisuri Agong zahirkan ucapan tahniah kepada Hospital Tunku Azizah (HTA) Kuala Lumpur.

SHAH ALAM - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan tahniah kepada Hospital Tunku Azizah (HTA) Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan Istana Negara, ini kerana atas kejayaan pasukan pembedahannya melakukan pembedahan pemisahan pasangan kembar siam pertama di Malaysia.

Iklan
Iklan

Jelas kenyataan, Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sukacita dan bangga atas kejayaan pasukan itu yang sekali gus mencipta sejarah sebagai pembedahan pertama seumpamanya di Malaysia.

"Pembedahan pasangan kembar yang berusia 17 hari tersebut diketuai Datuk Dr Zakaria Zahari dan melibatkan 13 doktor pakar.

Iklan

"Ini termasuk enam pakar bedah kanak-kanak dari seluruh negara, berserta hampir 20 jururawat dan staf dewan bedah kanak-kanak,” katanya pada Ahad.

Pada Sabtu, Malaysia melakar sejarah apabila kembar siam pramatang yang baru berusia 17 hari berjaya dipisahkan menerusi satu pembedahan dijalankan di HTA.

Iklan

Pakar Perunding Pembedahan Kanak-Kanak HTA, Datuk Dr Zakaria Zahari berkata, pembedahan ke atas bayi lelaki seberat 2.7 kilogram itu terpaksa dilakukan segera disebabkan komplikasi ‘extrauterine twin-to-twin transfusion syndrome’, meskipun pembedahan seumpama itu biasanya dilakukan pada umur tiga hingga enam bulan.

Tambah Istana Negara, Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa syukur apabila pasangan bayi kembar siam jenis Omphalophagus tersebut berjaya dipisahkan tanpa komplikasi.

"Seri Paduka Baginda berdua turut mendoakan agar pasangan bayi kembar siam tersebut berada dalam keadaan yang baik dan segera pulih serta dapat menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain,” ujarnya.