Warga emas OKU gigih hasilkan ukiran replika feri
Iklan
Jika melihat kepada keadaan fizikal Omar Juree, 62, yang tanpa kaki kiri dan jari telunjuk di tangan kanan, mungkin sukar untuk percaya di sebalik kecacatan itu beliau gigih menghasilkan kraf ukiran. - Foto Bernama
GEORGE TOWN - Jika melihat kepada fizikal Omar Juree yang tanpa kaki kiri dan jari telunjuk tangan kanan, mungkin sukar untuk percaya di sebalik keadaan itu beliau gigih menghasilkan kraf ukiran.
Meskipun bergelar Orang Kurang Upaya (OKU), Omar, 63, masih meneruskan minatnya dalam seni ukiran kayu dengan menghasilkan model ikonik Pulau Pinang seperti feri dan kereta api Bukit Bendera untuk dijual.
Iklan
Iklan
Omar berkata, beliau kehilangan kaki kirinya akibat penyakit diabetes ketika berusia 40 tahun, namun tidak mematah semangat dan minatnya untuk terus menghasilkan seni ukiran kayu pengangkutan ikonik di Pulau Pinang tersebut.
"Jari saya pula terpaksa dipotong tahun lepas kerana jangkitan kuman ketika membuat kerja-kerja ukiran," katanya yang ditemui Bernama di kediamannya di Kampung Air Itam di sini baru-baru ini.
Iklan
Omar berkata, minat untuk menceburkan diri dalam penghasilan kraf tangan itu lahir ketika di bangku sekolah tetapi hanya mula menghasilkan secara serius pada usia 27 tahun.
"Dulu saya tinggal di Taman Selat, Butterworth dan setiap hari naik feri ke bahagian pulau untuk bekerja sebagai penyelia di sebuah hotel. Semasa di dalam feri, saya selalu mengagumi keadaan feri itu," katanya.
Iklan
Selepas berpindah ke Kampung Air Itam, Omar berkata, beliau mula menghasilkan ukiran replika feri itu dengan kad manila namun disebabkan kad manila yang lembut, ukiran tersebut tidak bertahan lama.
"Kemudian, saya cuba membuat dengan kadbod dan papan lapis dan hasilnya agak kukuh. Saya juga guna cat untuk mewarnakan feri ini mengikut warna sebenar supaya hasil itu sama seperti feri sebenar," kata Omar yang dibantu isteri, Siti Fatimah Abu Bakar, 63, dalam menghasilkan ukiran.
Omar mengambil masa kira-kira dua minggu untuk menyiapkan replika feri yang dihasil menggunakan papan lapis dan kayu. - Foto Bernama
Omar berkata, kraf tangan yang menggunakan papan lapis dan kayu itu, mengambil masa kira-kira dua minggu untuk disiapkan bermula dengan proses memotong kayu, mengukir, mengecat dan seterusnya diletak dalam kotak kaca.
Menurutnya, replika feri yang dihasilkan itu berukuran 30 sentimeter (cm) dan 76cm manakala yang paling besar pernah dihasilkan adalah 122cm.
"Cabaran utama menghasilkan ukiran replika feri adalah ketika proses menebuk bagi menghasilkan tingkap...ia mengambil masa dan perlu bersabar supaya hasilnya akan nampak kemas," katanya dan menambah ukiran berkenaan dijual pada harga RM250 hingga RM800 mengikut saiz.
Selain ukiran feri, Omar juga menghasilkan ukiran replika kereta api Bukit Bendera dengan menggunakan cara ukiran kayu yang sama dan ia mendapat tempahan daripada Perbadanan Bukit Bendera untuk diletakkan dalam muzium di Bukit Bendera.
Menurut Omar, beliau juga banyak menghadiahkan hasil seni ukiran kepada bekas jurulatih pasukan bola sepak Pulau Pinang Irfan Bakti Abu Salim dan juga pemain import Pulau Pinang dari Maghribi, Merzagua Abderrazak.
"Saya juga menerima banyak tempahan daripada individu, pihak swasta dan kilang untuk dijadikan cenderahati kepada kenalan di dalam dan luar negara," katanya yang telah menghasilkan lebih 500 ukiran replika feri dan kereta api Bukit Bendera. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Karnival Pesona Wanita DUN Dong hargai pengorbanan golongan wanita"><meta itemprop="description" content="Pengorbanan dan khidmat bakti wanita dalam menguruskan keluarga dan melaksanakan tanggungjawab harian diraikan menerusi penganjuran Karnival Pesona Wanita DUN Dong 2026 yang menghimpunkan hampir 700 peserta, lapor wartawan Sinar Harian, Norawazni Yusof.
Exco Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, Datuk Fadzli Mohamad Kamal berkata, karnival tersebut diadakan sebagai penghargaan kepada golongan wanita yang banyak menyumbang tenaga dan masa dalam pelbagai aspek kehidupan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806576/edisi/pahang/karnival-pesona-wanita-dun-dong-hargai-pengorbanan-golongan-wanita
Muzik: Michael Briguglio Fly Away dari soundstripe.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaTerkini #KarnivalPesonaWanitaDUNDong #Wanita"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-29T06:02:10.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P149S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc0xx8y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc0xx8y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc0xx8y"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Ratusan batang besi bertaburan, jalan ditutup lebih 12 jam"><meta itemprop="description" content="Selepas kira-kira lima bulan penduduk Kampung Sungai Lang Tengah, Banting 'terseksa' dengan kedegilan pihak pemaju yang terus menggunakan jalan kampung sebagai laluan lori lebih muatan, situasi itu memuncak dengan kemalangan sebuah kenderaan berat itu pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Afham Ramli.
Kemalangan kira-kira jam 3.30 pagi dipercayai berpunca kerana lori membawa muatan besi tersebut gagal melepasi selekoh laluan tersebut sebelum terbalik dan hampir kesemua bahagian kenderaan itu terperosok masuk ke dalam parit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806564/edisi/selangor-kl/ratusan-batang-besi-bertaburan-jalan-ditutup-lebih-12-jam
Muzik: Wicked Cinema Ricochet dari soundstripe.com
#SinarHarian #BeritaTerkini #AduanRakyat #Banting #Penduduk"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-29T03:53:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P88S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc0xd6i"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc0xd6i"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc0xd6i"></script>