'Saiz perkhidmatan awam tidak begitu besar'
Iklan
SHAH ALAM - Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda menganggap saiz perkhidmatan awam di Malaysia tidaklah begitu besar.
Menurutnya, jumlah penjawat awam di negara luar dilihat tidak begitu tinggi kerana ada yang tidak memasukkan profesion polis, guru malah pensyarah sebagai penjawat awam namun ia berbeza di Malaysia.