‘Saya tidak akan masuk UMNO’- Khairuddin
Iklan
Tangkap layar hantaran video di Facebook Mohd Khairuddin pada Sabtu.
SHAH ALAM - Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menegaskan beliau tidak akan menyertai UMNO.
Beliau berkata, dalam keadaan begini, ramai yang datang memberi pandangan, bertanya khabar dan perkara itu adalah biasa.
Iklan
Iklan
Tambah Mohd Khairuddin, sebaliknya beliau ada prinsip sendiri dan akan mengumumkannya nanti.
"Insya-ALLAH nanti tunggu lah apa yang saya akan umum nanti untuk kehadapan. Selepas istikharah berbincang dengan kawan, insya-ALLAH saya akan umumkan.
Iklan
"Memang ramai yang datang dari pelbagai parti, bukan datang untuk menawarkan tetapi datang untuk memberi semangat atas nama sesama ahli Parlimen dan rakan politik.
"Pelbagai pihak yang datang. Itu biasa sahaja sebenarnya tidak perlu bersangka apa-apa, yang penting semua orang mahu kita duduk bersama untuk kebaikan negara dan rakyat kita,” katanya menerusi satu hantaran video di Facebooknya pada Sabtu.
Iklan
Pada Isnin, Mohd Khairuddin mengumumkan pendiriannya keluar daripada Pas dan keputusannya itu sudah dimaklumkan kepada Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Takiyuddin Hassan ketika bertemu di bangunan Parlimen jam 2.30 petang.
Mengulas lanjut, beliau berkata, ramai kawan yang memujuknya untuk kembali semula kepada Pas.
Namun, beliau berpesan supaya mereka untuk kekal istiqamah dengan Pas sebagai wadah perjuangan Islam yang terbaik.
"Ramai kawan-kawan yang pujuk saya untuk kembali ke Pas, setiap orang yang datang bagi pandangan, saya bagi satu jawapan saya berpesan kepada saudara untuk kekal istiqamah dengan Pas sebagai wadah perjuangan Islam yang terbaik.
"Itulah pesanan saya kepada semua rakan-rakan termasuk pegawai yang bertugas di pejabat Parlimen saya,” ujarnya.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.