Gempa bumi kuat landa pantai timur Honshu, Jepun

Iklan

KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 7.4 pada skala Richter melanda kawasan berhampiran pantai timur Honshu, Jepun pada 10.35 malam tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa itu berlaku pada kedudukan 79 kilometer (km) tenggara dari Sendai, Jepun dengan kedalaman 47km.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, berdasarkan penilaian awal, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. - Bernama

Iklan
Iklan