Remaja 14 tahun maut motosikal langgar penghadang besi
Iklan
SEREMBAN - Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar penghadang besi jalan di Jalan Pantai - Temiang pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, dalam kejadian lebih kurang jam 6 petang itu, mangsa menunggang motosikal jenis Modenas Kriss seorang diri sedang bergerak dari arah Jalan Pantai menuju ke arah Temiang.