Takut ada 'katak melompat': Azalina
Iklan
Kenyataan Azalina menerusi twitternya, pada Rabu
JOHOR BAHRU - Menteri Besar (MB) Johor yang baharu, Datuk Onn Hafiz Ghazi disaran segera melaksanakan manifesto Barisan Nasional (BN) sebagai teras Reformasi Politik.
Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, perkara itu harus diutamakan kerana bimbang berlaku perkara seperti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan beralih parti.
Iklan
Iklan
"Jangan lupakan Ikhtiar Manifesto: Enakmen Anti Lompat Parti yang akan menjadi Agenda Reformasi Politik.
"Jangan lambat, takut ada 'katak melompat' dan tak cukup ADUN nak sokong dalam Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya menerusi Twitter, pada Rabu.
Iklan
Azalina yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO turut mengucapkan tahniah kepada Onn Hafiz di atas pelantikan sebagai Menteri Besar Johor.
Onn Hafiz yang merupakan ADUN Machap mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor ke-19 pada Selasa, dalam satu istiadat di Istana Bukit Serene selepas mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Iklan
Dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Sabtu lalu, bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad memaklumkan, BN akan memberi keutamaan kepada Enakmen Anti Lompat Parti sekiranya berjaya mendapat mandat rakyat.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding"><meta itemprop="description" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #SuaraRakyat #Bersatu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-29T12:23:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xajpu2q"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xajpu2q"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xajpu2q"></script>