Isteri Timbalan Menteri MAFI meninggal dunia

Iklan
Gambar yang dikongsi oleh Nik Zawawi di Facebook yang memaklumkan pemergian isterinya. - Foto Facebook Nik Zawawi

PUTRAJAYA - Isteri kepada Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II (MAFI), Datuk Dr Nik Zawawi Salleh, Datin Wan Sofiza Eliana Wan Yusof meninggal dunia pada jam 1.05 petang Selasa.

Perkara itu disahkan oleh Nik Zawawi menerusi hantaran di Facebooknya.

Iklan
Iklan

"Al- Fatihah. Isteri saya Wan Sofiza Eliana baru menghembus nafas terakhir jam 1.05 petang," tulisnya.

Menurutnya, jenazah isterinya akan dibawa pulang ke Kampung Pulau Gajah, Kuala Krai, Kelantan petang ini.

Iklan

"Jenazah akan disolatkan jam 10 pagi esok," katanya.

Sementara itu, menerusi hantaran terdahulu, Ahli Parlimen Pasir Puteh itu memaklumkan, isterinya sedang tenat melawan penyakit kanser.

Iklan

"Mohon doakan keajaiban buat isteri saya," tulisnya di media sosial itu.

Facebook Timbalan Menteri itu dihujani beribu ucapan takziah daripada pelbagai lapisan masyarakat yang turut berkongsi duka.