Pemuda Harapan Bangi lapor polis dakwaan tak dengar azan Subuh

Iklan
Pemuda Harapan Bangi membuat laporan polis pada Selasa. FOTO: Threads Syahredzan Johan.

SHAH ALAM - Pemuda Harapan Bangi membuat laporan polis terhadap individu yang mendakwa azan Subuh tidak lagi kedengaran dari masjid dan surau di sekitar kawasan tersebut.

Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan berkata, laporan itu dibuat di Balai Polis Bandar Baru Bangi pada Selasa.

Iklan
Iklan

Syahredzan terdahulu membidas dakwaan sedemikian sambil menyifatkan tuduhan tersebut sebagai amat jahat dan bermotifkan politik.

Beliau sempat bertanyakan tentang lokasi spesifik masjid mahupun surau di Bangi yang dimaksudkan individu berkenaan.

Iklan

Tangkap layar hantaran dimuat naik individu yang mendakwa azan Subuh tidak lagi kedengaran dari masjid atau surau sekitar Bangi.

Sebelum ini, seorang pengguna TikTok mendakwa sudah tiga hari azan Subuh di kawasan sekitar Bangi tidak kedengaran dari surau atau masjid berdekatan.

Iklan

Dakwaan semakin panas apabila ruangan komen mengaitkan kejadian tersebut dengan isu politik memandangkan Syahredzan ialah Ahli Parlimen DAP bagi kawasan berkenaan.

Berdasarkan pemerhatian Sinar Harian, hantaran asal telah hilang daripada akaun individu berkenaan, namun tangkap layar masih tersebar luas di media sosial.

Pelaku menerusi ruangan komen di hantaran video seterusnya memberi alasan bahawa TikTok yang memadamkannya.