PN boleh menang tiga lagi kerusi jika runding bersama PH

Iklan
Mohd Khairuddin

SHAH ALAM - Tiga lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dapat dimenangi Perikatan Nasional (PN) jika parti itu membuat rundingan persefahaman bersama Pakatan Harapan (PH).

Bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, ia melibatkan DUN Bukit Pasir, Serom dan Tenggaroh.

Iklan
Iklan

"Politik serba mungkin. Di DUN Bukit Pasir, (jumlah undian) PN 5,850 dan PH 4,676 boleh mengalahkan BN (6,048).

"Di DUN Serom, (jumlah undian) PN 7,808 dan PH 5,509 boleh mengalahkan BN (8,507).

Iklan

"Di DUN Tenggaroh, (jumlah undian) PN 9,172 dan PH 1,529 boleh mengalahkan BN (10,528),” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.

Katanya, difahamkan sudah ada cadangan seperti itu sebelum PRN Johor tetapi ditolak oleh Pas kerana berpegang pada prinsip.

Iklan

"Jika benar, harapnya jangan ada yang cuba melontarkannya untuk kali kedua demi mencapai kemenangan kerusi.

"Dalam politik yang tidak berprinsip, musuh boleh bertukar kawan dan kawan boleh menjadi lawan demi mencapai matlamat,” ujarnya.

PRN Johor yang melabuhkan tirainya pada Sabtu menyaksikan PN memenangi tiga kerusi DUN.

Ketiga-tiga kerusi itu dimenangi oleh Datuk Dr Sahruddin Jamal di DUN Bukit Kepong (majoriti 710 undi); Alwiyah Talib di DUN Endau (majoriti 3,041 undi) dan Abdul Aziz Talib di DUN Maharani (majoriti 1,037 undi).


Dapatkan keputusan #PRNJohor dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my