Segera turunkan papan iklan haram: MB
Iklan
Aminuddin Harun. - Foto Bernama
SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan memberi amaran tegas kepada mana-mana syarikat yang membuat papan iklan secara haram supaya menurunkan iklan mereka dengan segera.
Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, terdapat banyak papan iklan gergasi haram yang dinaikkan sepanjang jalan berdekatan lebuhraya Plus, tanpa mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).
Iklan
Iklan
Menurutnya, pihaknya memandang serius mengenai perkara tersebut dan akan menjalankan penguatkuasaan secara tegas bagi memastikan syarikat yang membuat iklan secara haram itu dikenakan tindakan undang-undang mengikut akta pihak berkuasa tempatan.
"Setiap papan tanda yang ingin dinaikkan perlu mendapat kelulusan PBT, kerana perkara ini adalah di bawah seliaan kerajaan tempatan.
Iklan
"Saya melihat papan iklan haram lebih banyak didirikan berbanding papan iklan yang mendapat kelulusan. Perkara itu perlu diatasi dan kita akan membuat pemutihan bagi memastikan syarikat terbabit dikenakan tindakan kerana sewenang-wenangnya membuat papan iklan tanpa kelulusan.
"Satu Jawatankuasa Khas akan ditubuhkan bagi mengenal pasti mana-mana papan iklan yang dinaikkan secara haram di seluruh negeri ini dengan lebih berkesan,” katanya.
Iklan
Aminuddin berkata, jika papan iklan itu dinaikkan di atas tanah kerajaan, mereka boleh dituduh menceroboh manakala jika membabitkan tanah persendirian, pemilik tanah itu akan dipanggil untuk membantu siasatan.
Katanya, soal keselamatan merupakan antara faktor utama yang perlu diberi perhatian, khususnya papan tanda gergasi yang dibuat berdekatan kawasan lebuh raya tanpa mengikut standard ditetapkan.
"Dulu ada kes papan tanda gergasi yang dinaikkan di tepi lebuh raya dekat Kampung Labu runtuh semasa angin kencang dan menghempap sebuah rumah mengakibatkan penghuni rumah itu cedera. Kita tidak mahu perkara seperti ini terjadi.
"Kita tidak mahu melihat Negeri Sembilan dipenuhi dengan papan iklan haram dan kita memohon pihak Plus juga memberi sokongan serta bantuan terhadap usaha kita untuk melakukan pemutihan,” katanya.
Seorang bekas ejen insurans dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang pelanggannya berjumlah RM150,000, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Zul Ariff Ismail, 39, selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785324/edisi/melaka-ns/seleweng-rm150000-bekas-ejen-insurans-dipenjara-dua-tahun-tiga-sebatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.