Ismail Lasim, tiga Undang menghadap Tuanku Muhriz di Istana Hinggap

Iklan
Ismail

SEREMBAN - Seperti dijadualkan, Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Hinggap, di sini pada Jumaat.

Kenderaan membawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh itu dilihat tiba di istana kira-kira jam 10.20 pagi.

Iklan
Iklan

Terdahulu kenderaan dinaiki Tuanku Muhriz tiba jam 9.30 pagi sebelum disusuli kenderaan tiga Undang yang tidak dipertikaikan iaitu Undang Luak Rembau, Datuk Hassan Ab Hamid, Undang Luak Sungei Ujong, Datuk Muhammad Faris Johari dan Undang Luak Jelebu, Datuk Azrin Khairi.

Kenderaan dinaiki Menteri Besar tiba di Istana Hinggap pada Jumaat.

Iklan

Sesi menghadap itu dikatakan bertujuan menyembah maklum serta memberi taklimat kepada baginda mengenai intipati belanjawan yang dijadual dibentangkan Ismail pada 27 November ini, selain mendapatkan pandangan dan perkenan awal baginda.

Kemunginan ia turut berkaitan kedudukan Ismail sebagai Menteri Besar selepas peletakan jawatannya dimaklumkan oleh Setiausaha Agung Barisan Nasional(BN), Datuk Seri Dr Zamry Abdul Kadir, Isnin lalu.

Iklan

Pada Selasa lalu, Ismail dilaporkan menghadap Tuanku Muhriz di Istana Hinggap kira-kira jam 5 petang dan pertemuan berlangsung lebih sejam.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan hasil pertemuan Ismail dengan baginda dan setakat ini beliau menjalankan tugasnya sebagai Menteri Besar seperti biasa.