Melaka larang straw plastik Mei ini
Iklan
Straw plastik bakal dilarang penggunaannya di Melaka bermula Mei nanti. (Gambar kecil: Kok Kiew)
MELAKA - Penggunaan penyedut minuman atau straw plastik bakal dilarang penggunaannya di semua premis makanan di negeri ini apabila kerajaan negeri melaksanakan kempen tersebut mulai 1 Mei depan.
Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Melaka, Datuk Tey Kok Kiew berkata, langkah tersebut sebagai usaha memelihara kelestarian alam sekitar dan menunjukkan kesungguhan kerajaan negeri menjaga kebersihan negeri ini.
Iklan
Iklan
Menurutnya, serentak dengan itu, semua pengusaha restoran dan premis makanan dinasihatkan supaya tidak membekalkan straw plastik kepada pelanggan mereka.
"Bagaimanapun larangan penggunaan straw plastik ini masih di peringkat percubaan dan ia lebih kepada untuk mendidik masyarakat terhadap amalan ini manakala pelanggan masih boleh meminta sekira diperlukan daripada pengusaha kedai tanpa dikenakan sebarang caj.
Iklan
"Ini merupakan satu langkah awal bagi mengurangkan penggunaan straw plastik dan kita meminta orang ramai dapat memberikan kerjasama untuk menjayakan usaha penjagaan alam sekitar,” katanya.
Kok Kiew (DAP-Banda Hilir) berkata demikian ketika ditemui pada Persidangan Pertama, Penggal Kedua DUN Melaka ke-14 di Seri Negeri di sini, semalam.
Iklan
Terdahulu, beliau menjawab soalan tambahan Datuk Ismail Othman (BN-Kuala Linggi) yang bertanyakan langkah diambil kerajaan negeri untuk mengekalkan kebersihan negeri ini.
Larangan penggunaan straw plastik sudah dilaksanakan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur manakala Putrajaya akan melaksanakan larangan tersebut mulai tahun depan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan"><meta itemprop="description" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan
Seorang bekas ejen insurans dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang pelanggannya berjumlah RM150,000, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Zul Ariff Ismail, 39, selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785324/edisi/melaka-ns/seleweng-rm150000-bekas-ejen-insurans-dipenjara-dua-tahun-tiga-sebatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Seleweng #EjenInsurans #Mahkamah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-26T06:17:31.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P111S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaiy6nu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaiy6nu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaiy6nu"></script>