1.4 juta kenderaan setiap hari di Lebuhraya Utara-Selatan

Iklan
Jumlah kenderaan harian di Lebuhraya Utara-Selatan kekal 1.4 juta setiap hari sepanjang kempen PRN Johor.

SHAH ALAM - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memaklumkan bahawa purata jumlah kenderaan harian di Lebuhraya Utara-Selatan kekal sebanyak 1.4 juta kenderaan setiap hari sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

PLUS dalam kenyataannya berkata, pihaknya akan memastikan perjalanan orang ramai di semua rangkaian lebuh rayanya selamat dan selesa pada setiap masa.

Iklan
Iklan

Pada masa sama, orang ramai dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi Twitter PLUSTrafik ataupun memuat turun Aplikasi PLUS untuk membantu mereka merancang perjalanan mereka.

"PLUS juga ingin menasihatkan agar orang ramai supaya sentiasa memastikan baki kad Touch ‘n Go dan eWallet mereka mencukupi untuk melengkapkan transaksi tol mereka.

Iklan

"Bagi pengguna sistem pembayaran tol RFID diingatkan supaya menggunakan lorong RFID ketika masuk dan keluar dari lebuh raya bagi mengelakkan kesulitan,” katanya pada Jumaat.

Pada masa sama, PLUS turut menafikan telah mengeluarkan kenyataan berkaitan pemberian diskaun tol 50 peratus kepada pengundi yang pulang semasa PRN Johor.

Iklan

"PLUS memandang serius perbuatan menggunakan logo syarikat untuk mengelirukan orang ramai dan bekerjasama dengan pihak berwajib untuk mengambil tindakan terhadap individu serta pihak yang terbabit.

"Selain daripada agensi media yang sah, semua kenyataan media PLUS juga disiarkan menerusi saluran komunikasi rasmi syarikat ini termasuklah media sosial,” katanya.