Abramovich tidak dapat manfaat penjualan Chelsea

Iklan
Roman Abramovich tidak boleh mendapat sebarang manfaat daripada penjualan Chelsea. - Foto EPA

PEMILIK kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea yang berdepan sekatan, Roman Abramovich tidak boleh mendapat sebarang manfaat daripada penjualan kelab itu, kata menteri Britain yang bertanggungjawab ke atas sukan, Nadine Dorries.

"Jika kelab itu dijual, Abramovich tidak akan mendapat sebarang manfaat daripada penjualan tersebut.

Iklan
Iklan

"Sejujurnya penjualan Chelsea bergantung kepada syarat lesen akan dikeluarkan oleh Perbendaharaan," kata Dorries.

Dorries menambah:"Pada masa ini, Abramovich tidak boleh mendapat manfaat daripada pendapatan dan penjualan kelab.

Iklan
Iklan

"Keutamaan kami pada masa ini ialah memastikan kelab, penyokong dilindungi, selain permainan pasukan kebangsaan dan integriti kelab," katanya.