Elak babi hutan, jururawat nyaris maut
Iklan
Keadaan kereta mangsa selepas jatuh ke dalam parit.
KEMAMAN - Gara-gara mengelak dari merempuh seekor babi hutan melintas jalan, seorang jururawat nyaris maut apabila kereta dipandunya terjunam ke dalam parit.
Kejadian berlaku kira-kira jam 7.40 pagi semalam di Kilometer 8 Jalan Chukai - Air Putih berhampiran Kampung Paman, mangsa, Engku Ermanazira Engku Azmi, 29, dalam perjalanan ke tempat kerja seorang diri.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, ketika kejadian mangsa dari arah Kampung Pata Berenjut ke tempat kerjanya, Klinik Kesihatan Air Putih cuba mengelak daripada merempuh haiwan itu.
"Semasa mengelak haiwan itu melintas, kereta Proton Saga BLM dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kanan jalan dan terjatuh ke dalam parit.
"Bagaimanapun, mangsa berjaya keluar daripada kenderaannya itu menerusi pintu pemandu dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.
Paras air parit itu yang penuh menengelamkan kenderaan itu hingga hampir ke paras bumbung.
Kata Mohd Said, keadaan jalan agak berselekoh dan semasa kemalangan berlaku cuaca hujan.
Berikutan itu, beliau meminta pengguna jalan raya lebih berhati-hati memandu pada musim hujan sekarang bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Bunyi dentuman kuat rupanya bot dirempuh nelayan asing'"><meta itemprop="description" content="'Bunyi dentuman kuat rupanya bot dirempuh nelayan asing'
Lima nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang dinaiki mereka dirempuh sebuah bot lain ketika sedang berlabuh kira-kira 33 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, awal pagi Isnin.
​Tekong bot, Mamat Abdullah, 79, dari Kampung Batin, Kuala Nerus berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 pagi ketika dia bersama empat awak-awak sedang berehat sementara menunggu untuk pulang ke daratan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803090/edisi/terengganu/bunyi-dentuman-kuat-rupanya-bot-dirempuh-nelayan-asing
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #botdirempuh #nelayanasing"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T08:31:55.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P110S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt2pm6"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt2pm6"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt2pm6"></script>