Melaka beri peluang KAJD bangunkan Melaka Gateway

Iklan
Ab Rauf (kiri) dan Michelle Ong menunjukkan pelan pembangunan PME1 di Pulau Melaka pada Selasa.

MELAKA - Projek Pembangunan Pulau Satu (PME1) Melaka Gateway akan diteruskan selepas kerajaan negeri menyerahkan semula projek berkenaan kepada KAJ Development (KAJD) Sdn Bhd pada 23 Februari lalu.

Exco Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, menerusi perjanjian yang ditandatangani itu, KAJD diberikan peluang dan sokongan oleh kerajaan negeri untuk merealisasikan projek berskala mega membabitkan kos RM15.6 bilion dalam tempoh enam tahun.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ia akan dimulakan dengan pembinaan Terminal Kapal Pelayaran Antarabangsa (MICT) yang dijangka siap dalam tempoh 15 bulan dengan jumlah pelaburan disalurkan sebanyak RM1.5 bilion.

Beliau berkata, KAJD turut diberikan kelulusan untuk membangun dan meneruskan operasi terminal 'cruise' dalam lingkungan Zon Ekonomi Waterfront Melaka (M-WEZ).

Iklan

"Projek Melaka Gateway akan membentuk sebahagian daripada pembangunan M-WEZ yang dirancang kerajaan negeri di sepanjang kawasan seluas 1781.9 hektar dari Pelabuhan Tanjung Bruas ke Umbai, Jasin.

"PME1 juga bakal menyaksikan kemunculan taman tema moden bertaraf dunia yang akan menarik kira-kira 5 juta pengunjung setiap tahun dengan jumlah pelaburan RM1.5 bilion yang dijangka siap awal tahun 2026," katanya kepada pemberita selepas melawat projek Melaka Gateway di Pulau Melaka pada Selasa.

KAJ Development Sdn Bhd dan kerajaan negeri Melaka berhubung penamatan projek penambakan laut Melaka Gateway berkemungkinan diselesaikan di luar mahkamah.

Iklan

Peguam Kanan Persekutuan, Ahmad Hanir Hambaly, yang mewakili kerajaan negeri Melaka ketika dihubungi pemberita berkata, perkara itu dimaklumkan pada prosiding di hadapan panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Rohana Yusuf.