Hanya Hulu Terengganu masih terjejas
Iklan
KUALA TERENGGANU – Hulu Terengganu menjadi daerah tunggal yang masih terjejas susulan bah gelombang kelima melanda Terengganu sejak Jumaat.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, setakat jam 4 petang Jumaat, seramai 1,840 mangsa masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 2,848 pada jam 8 pagi.