Selangor sokong pilihan raya kerajaan tempatan

Iklan
Ng Sze Han

SHAH ALAM - Kerajaan negeri sentiasa menyokong untuk pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan namun buat masa ini terdapat beberapa perkara perlu diselaraskan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam Dan Pembangunan Kampung Baru Ng Sze Han berkata kerajaan negeri sentiasa menyokong pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan.

Iklan
Iklan

"Buat masa ini kita masih menunggu keputusan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan, dan masa sama ada perkara yang perlu diselaraskan.

"Namun amat jelas bahawa kita sememangnya menyokong pelaksanaan tersebut," katanya.

Iklan
Iklan

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan mulut ADUN Ijok Idris Ahmad.