PSM masih ahli gabungan MOM

Iklan
Mohd Nazifuddin

PERSATUAN Sepak Takraw Malaysia (PSM) masih lagi merupakan ahli gabungan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) walaupun dengan kewujudan sebuah lagi entiti baharu, Konfederasi Sepak Takraw Malaysia (MSC).

Bagaimanapun, Setiausaha Agung MOM, Datuk Nazifuddin Najib berkata, pihaknya akan melihat kepada pendirian terakhir yang diputuskan Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf) berkenaan kedua-dua entiti tersebut.

Iklan
Iklan

"Apa pun, suka saya jelaskan di sini sekali lagi bahawa skuad sepak takraw negara akan tetap bertanding pada Sukan SEA Vietnam Mei depan di bawah bendera MOM sehingga kemelut PSM dan Astaf diselesaikan,” kata Mohd Nazifuddin kepada Sukan Sinar pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika mengulas perkembangan terkini kemelut sepak takraw negara yang menyaksikan penubuhan MSC mendapat kelulusan daripada Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) baru-baru ini untuk mewakili sukan sepak takraw negara di peringkat antarabangsa.

Iklan

Pada Sabtu lalu, Presiden Persatuan Sepak Takraw Wilayah Persekutuan Labuan (PSTWPL), Datuk Suhaili Abdul Rahman dipilih sebulat suara sebagai Presiden MSC.

Sebelum itu, Presiden Persatuan Sepak Takraw Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Persewip), Datuk Mohd Sumali Reduan dipilih sebagai Presiden PSM baharu bagi menggantikan Datuk Seri Ahmad Ismail yang meletakkan jawatan pada 5 Jun tahun lalu.

Iklan