Axiata rekod keuntungan bersih RM819.9 juta
Iklan
Axiata merekodkan peningkatan keuntungan bersih lebih 100 peratus kepada RM818.9 juta pada tahun kewangan 2021 yang berakhir 31 Disember tahun lalu berbanding RM363 juta pada 2020. (Gambar kecil: Izzaddin)
SHAH ALAM - Axiata Group Bhd (Axiata) merekodkan peningkatan keuntungan bersih lebih 100 peratus kepada RM818.9 juta pada tahun kewangan 2021 yang berakhir 31 Disember tahun lalu berbanding RM363 juta pada 2020.
Axiata memaklumkan pendapatan kumpulan itu turut meningkat sebanyak tujuh peratus berbanding tahun lalu kepada RM25.9 bilion manakala pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) mencatatkan kenaikan signifikan kepada RM11.4 bilion.
Iklan
Iklan
Peningkatan EBITDA itu disokong oleh pertumbuhan operasi rangkai syarikatnya antaranya Celcom Axiata Bhd, Dialog Axiata PLC, edotco Group Sdn Bhd dan Axiata Digital Services Sdn Bhd.
Syarikat itu juga berjaya mencapai kecemerlangan dalam pengurusan kewangannya apabila memperolehi penjimatan keseluruhan sebanyak RM696 juta daripada perbelanjaan operasi (OPEX) dan perbelanjaan modal (CAPEX) sepanjang tahun lepas.
Iklan
Sementara itu, rangkaian syarikat telekomunikasi Axiata, Celcom Axiata Berhad (Celcom) turut menunjukkan pemulihan yang kukuh dengan pertambahan pelanggan melebihi 0.9 juta dalam kedua-dua segmen iaitu prabayar dan pascabayar.
Bagi menyokong 1.8 juta pelanggannya dan pertumbuhan penggunaan rangkaiannya, Axiata memaklumkan Celcom telah melakukan pelaburan berjumlah kira-kira RM1 bilion terhadap rangkaian dan sistemnya menerusi perbelanjaan operasi pada tahun 2021.
Iklan
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Group Axiata, Datuk Izzaddin Idris berkata, prestasi kewangan kumpulannya pada tahun lepas telah berjaya melepasi petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan terhadap pendapatan dan pertumbuhan EBITDA
"Pertumbuhan organik yang kukuh dalam pendapatan dan EBITDA serta peningkatan keuntungan adalah hasil daripada langkah-langkah diambil untuk menyesuai dan mengukuhkan asas kami ke kedudukan bagi mempercepatkan pembinaan persekitaran digital yang kami alami," katanya ketika sidang media mengumumkan prestasi kewangan Axiata bagi 2021 secara maya pada Selasa.
Dalam pada itu, beliau berkata, syarikatnya merancang untuk melakukan pelaburan sebanyak RM7.1 bilion bagi perbelanjaan modalnya atau CAPEX pada tahun ini.
Menurutnya, untuk bergerak ke hadapan, Axiata juga akan memantau dengan teliti risiko makroekonomi, kawal selia dan dan keadaan industri termasuk perkembangan yang berlaku di Myanmar.
"Dari segi perniagaan, kami positif dengan peningkatan pendapatan di Indonesia hasil daripada permintaan terhadap data, kandungan digital dan transformasi digital perusahaan di samping usaha integrasi dalam langkah pemerolehan yang diselesaikan pada 2021,” katanya.
Dalam pada itu, Pengerusi Axiata, Tan Sri Shahril Ridza Ridzuan berkata, pertumbuhan Axiata pada 2021 mencerminkan langkah syarikat itu untuk berkembang daripada hanya tertumpu terhadap perkhidmatan mudah alih kepada perniagaan digital dan infrastruktur.
Katanya, kumpulan itu akan terus menerima pakai pendigitalan dan usaha analitik sebagai teras transformasi untuk mengenal pasti corak penggunaan peralihan dengan berkesan.
Pada masa sama, beliau turut mengumumkan jumlah dividen sebanyak 9.5 sen sesaham biasa bagi tempoh kewangan tahun lepas termasuk dividen interim sebanyak 4 sen sesaham.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.