Operasi cari nelayan hilang diteruskan

Iklan
Operasi pencarian nelayan hilang hari ketiga pada Isnin turut mendapat bantuan aset udara bomba

KUANTAN - Operasi mengesan nelayan hilang dalam kejadian bot terbalik di sini Sabtu lalu diteruskan dengan kawasan pencarian tertumpu di sepanjang pesisir pantai dari Batu Hitam sehingga Kuala Kuantan.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin Jusoh berkata, dalam operasi hari keempat pada Selasa, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menggerakkan aset Bot Kilat 49 bersama lima anggota untuk operasi pencarian.

Iklan
Iklan

Menurutnya, operasi turut melibatkan Pasukan Hadapan Carilamat (PHC) terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Pasukan Polis Marin (PPM) dan polis.

"Operasi hari ini (Selasa) turut dibantu lima bot milik nelayan tempatan.

Iklan

"Bot nelayan tempatan membuat pencarian di sekitar lokasi kejadian bermula 7 pagi dengan kawasan pencarian pencarian seluas 42 batu nautika," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

nelayan hilang selepas bot yang dinaiki bersama rakan terbalik akibat tersangkut pada tali bot pukat tunda di perairan Karang Tanjung Pelindung di sini.

Iklan

Dalam kejadian kira-kira jam 6.20 petang itu, mangsa, Fadzely Mohamed, 40, dikhuatiri lemas manakala rakannya, Abdul Mutalib Abdul Rahman,38, berjaya diselamatkan.