Negara amal politik wang mustahil bebas rasuah: Abdul Hadi

Iklan
Abdul Hadi

SHAH ALAM - Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyifatkan rasuah akan menjadi payung negara sekiranya politik wang tidak dihapuskan.

Beliau berkata, rakyat yang memilih pemimpin kerana politik wang pula akan menempah kemusnahan.

Iklan
Iklan

"Adalah mustahil negara yang masih mengamalkan politik wang dapat menghapuskan rasuah kerana wabaknya menjadi payung negara.

"Maka rakyat yang memilih pemimpin kerana politik wang dan berkonsepkan kebendaan pasti akan menempah kemusnahannya," katanya yang dipetik menerusi laman Twitter pada Isnin.

Iklan
Iklan
Kenyataan dimuat naik Abdul Hadi di akaun Twitter pada Isnin.