Ismahalil mengaku tidak salah edar dadah

Iklan
Ismahalil Hamzah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis tahun lalu.

KUALA LUMPUR – Penyampai radio, Ismahalil Hamzah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis tahun lalu.

Ismahalil, 49, membuat pengakuan itu selepas kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengedar dadah berbahaya iaitu kanabis seberat 374.6 gram.

Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju, di sini pada jam 5.35 petang, 27 Ogos 2021.

Iklan

Ia merupakan kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati, jika disabitkan kesalahan.

Pertuduhan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noor Dayana Mohamad manakala Ismahalil diwakili peguam, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar.

Iklan

Mahkamah menetapkan 24 Mac depan untuk tarikh pengurusan kes.