Gelaran ‘Premier’ bukan langkah untuk megah diri: Abang Johari

Iklan
Abang Johari

MIRI - Perubahan gelaran Ketua Menteri Sarawak kepada ‘Premier’ bukan satu langkah untuk megah diri, kata Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Ketua Menteri itu berkata, langkah tersebut bagi membezakan status Sarawak daripada negeri lain dalam persekutuan.

Iklan
Iklan

"Saya hanya ingin mengatakan bahawa ia bukan mengagungkan diri sendiri dan juga sesuatu yang boleh dibanggakan.

"Kerajaan negeri berpandangan bahawa gelaran ketua kerajaan (Sarawak) perlu berbeza daripada negeri-negeri lain dalam persekutuan.

Iklan

"(Perubahan jawatan adalah untuk) menekankan bahawa Sarawak berbeza daripada negeri lain di Malaysia, bukan untuk saya tetapi untuk Sarawak,” katanya ketika berucap pada majlis Tahun Perpaduan Persekutuan Persatuan-persatuan Cina Sarawak di sini malam Sabtu.

Pada 15 Februari, Dewan Undangan Negeri Sarawak meluluskan Rang Undang-undang Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022 yang mengandungi klausa untuk menukar gelaran jawatan ‘Ketua Menteri’ kepada ‘Premier’ dengan majoriti lebih dua pertiga ahli dewan menyokongnya.

Iklan

Pindaan itu juga melibatkan pertukaran gelaran ‘Menteri Muda’ kepada ‘Timbalan Menteri’.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan negeri, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah yang membentangkan rang undang-undang tersebut berkata pindaan gelaran jawatan Ketua Menteri kepada ‘Premier’ itu hanya akan berkuat kuasa selepas diwartakan. - Bernama