JOHOR BAHRU - Seorang pemandu lori ditahan kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol dan terlibat dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan lain di Pasir Gudang di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, dalam kejadian jam 6.30 petang itu, lori jenis Scania yang dipandu lelaki berusia 37 tahun itu dari arah Pasir Gudang menghala ke Johor Bahru terbabas, lalu memasuki laluan bertentangan dan merempuh lima kenderaan lain.