Saya bertanggungjawab sepenuhnya: Luqman

Iklan
Tangkap layar ciapan Twitter Ketua Penerangan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Luqman Long.

SHAH ALAM - Ketua Penerangan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Luqman Long mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas hantaran Facebook Muda Kedah yang menimbulkan salah faham kepada orang ramai.

Beliau berkata, hantaran tersebut tidak mencerminkan prinsip parti dan mengeruhkan hubungan dengan rakan pimpinan parti pembangkang.

Iklan
Iklan

"Saya telah menerima satu hantaran di Facebook daripada Muda Kedah pada lewat malam Rabu. Posting ini jelas menimbulkan salah faham kepada orang ramai serta tidak mematuhi sebarang prinsip yang jelas dalam Muda.

"Perbincangan bersama Penerangan Muda Kedah mendapati bahawa posting ini juga tidak mendapat kebenaran dan sengaja dibuat dengan niat yang tidak baik.

Iklan

"Maka, saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas insiden ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

Pada Rabu, tular di media sosial satu poster bertulis ‘Hentikan Korupsi’ membabitkan empat parti iaitu Barisan Nasional, Pakatan Harapan, Parti Keadilan Rakyat dan Perikatan Nasional.

Iklan
Hantaran yang tular pada Rabu.

Mengulas lanjut, beliau mengambil keputusan untuk menggantung Penerangan Muda Kedah daripada sebarang aktiviti berkaitan parti itu.

"Ini sama sekali tidak menafikan bahawa kekhilafan daripada pihak saya telah mengeruhkan hubungan baik antara Muda dan rakan-rakan pembangkang yang lain.

"Maka, saya memohon maaf atas kejadian yang tidak diingini ini dan bersedia untuk mengambil tanggungjawab sebagai Ketua Penerangan Muda dengan apa-apa keputusan dan tindakan disiplin dari Muda Nasional,” ujarnya.