‘Adakalanya saya tidak harap untuk pulih’

Iklan
Dr Mahathir Mohamad.- Picture credit @chedetofficial

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan bahawa beliau adakala tidak mengharap supaya kesihatannya pulih semula.

Dr Mahathir berkata, dengan rawatan yang diberikan oleh Institut Jantung Negara (IJN), kesihatan beliau kembali pulih.

Iklan
Iklan

"Adakalanya saya tidak harap nak pulih. Saya ucap terima kasih kerana ramai yang berdoa untuk saya pulih dan hasilnya saya telah pulih daripada satu penyakit yang bagi saya amat teruk.

"Alhamdulillah, dengan rawatan yang diberi di IJN, saya pulih,” luah Dr Mahathir Mohamad dalam satu hantaran video di Facebook, pada Rabu.

Iklan

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu memberitahu, beliau sudah boleh berjalan, makan, tidur, duduk dan hampir boleh melakukan perkara sama seperti sebelum ini.

"Tetapi tidak begitu kuat nak bekerja. Saya harap, saya akan pulih. Sekian terima kasih kepada semua,” katanya yang juga Ahli Parlimen Langkawi.

Iklan

Pada 5 Februari lalu, Dr Mahathir dibenarkan keluar dari IJN.