Dua kenderaan lepaskan asap hitam lebih had dikompaun
Iklan
GOMBAK - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor mengenakan kompaun kepada dua kenderaan berenjin diesel yang melepaskan asap hitam melebihi had dibenarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
JAS menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan tindakan tersebut diambil dalam Ops Bersepadu Penguatkuasaan Kenderaan Bermotor Diesel oleh JAS Selangor bersama Bahagian Siasatan & Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak yang dijalankan di Templer Park, di sini pada Selasa.