Amaran ribut petir di lapan negeri

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan lapan negeri, pada Selasa.

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan lapan negeri, pada Selasa.

MetMalaysia menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada jam 3 petang ini memaklumkan daripada lapan negeri itu, enam buah negeri akan mengalami ribut petir dan hujan lebat sehingga jam 9 malam.

Iklan
Iklan

Enam negeri itu adalah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Di Kedah, kawasan yang terlibat ialah di Baling, Kulim dan Bandar Baharu manakala Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang,di Kelantan.

Iklan

Sementara di Terengganu, kawasan yang terlibat ialah di Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang manakala di Pahang, kawasan yang terlibat ialah di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Jerantut.

Dalam pada itu, baki dua lagi negeri iaitu di Sarawak dan Sabah akan mengalami ribut petir dan hujan lebat sehingga jam 7 malam.

Iklan

Di Sarawak, kawasan yang terlibat ialah di Sri Aman, Betong, Kapit (Belaga), Bintulu, Miri, (Subis, Miri dan Marudi) serta Limbang manakala di Sabah melibatkan kawasan Pantai Barat (Ranau) dan Sandakan.