MBSA terima 694 permohonan bazar Ramadan
Iklan
Sebanyak 33 lokasi tapak bazar Ramadan disediakan MBSA pada tahun ini.
SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerima sebanyak 694 permohonan lot bazar Ramadan sehingga 31 Januari lalu.
Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, permohonan secara dalam talian masih dibuka sehingga 16 Februari ini melalui laman sesawang eBazar MBSA di pautan https://bazar.mbsa.gov.my.