Ambil iktibar kekalahan di Melaka, Sarawak: Salahuddin
Iklan
Salahuddin
SHAH ALAM – Pakatan Harapan (PH) perlu mengambil iktibar daripada kekalahan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Sarawak sekali gus tidak membiarkan UMNO serta Barisan Nasional (BN) terus mengecapi kejayaan di Johor nanti.
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pemimpin PH seharusnya mempelajari kelemahan dan memperbaiki kesilapan percaturan di kedua-dua siri PRN terdahulu bagi memastikan perkara sama tidak berulang di PRN Johor.
Iklan
Iklan
"PRN Johor akan menjadi medan tempur sekali gus faktor kemenangan kita bersama dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Menjadi hal yang sangat penting bagi semua parti yang membentuk barisan pembangkang iaitu Muda, Pejuang dan Warisan untuk membuat satu kata sepakat bahawa UMNO dan BN sebagai musuh utama kita.
"Bagi menghadapi musuh utama ini, kita harus menyelesaikan perkara-perkara penting seperti pembahagian kerusi dan matlamat bersama yang akan meyakinkan rakyat untuk memilih PH dan menolak sepenuhnya UMNO dan BN,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Iklan
Salahuddin berkata, pemimpin PH harus memiliki kesabaran, kebijaksanaan, sikap terbuka dan semangat pengorbanan yang tinggi dalam memastikan matlamat tersebut dapat dicapai menerusi rundingan pembahagian kerusi kelak.
Katanya, semua pemimpin PH perlu lakukan rundingan untuk melihat spektrum yang lebih besar bagi mengalahkan UMNO dan BN.
Iklan
"Mereka yang terlibat dalam salahguna kuasa, UMNO yang sarat dengan pemimpin terlibat dengan isu kleptokrasi dan kluster mahkamah, maka sosok ini harus dinyahkan daripada terus mendapat kemenangan besar di negeri Johor.
"Perkara yang sangat penting untuk kita sedari ialah jangan sekali-kali kita diizinkan untuk menjadi ejen oleh tangan-tangan tidak kelihatan, yang mahu melihat kita berpecah, mahu kita bertempur sesama sendiri dan sekiranya ini berlaku di kerusi-kerusi yang ditandingi, maka kita akan kalah semuanya,” kata Salahuddin.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Enggan dedah perincian, Hannah minta hormati keputusan CEC DAP"><meta itemprop="description" content="Timbalan Setiausaha Agung DAP, Hannah Yeoh enggan mendedahkan perincian perbincangan dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang memuktamadkan keputusan Setiausaha Agung parti itu, Anthony Loke untuk menawarkan diri meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan. 
Tegasnya, keputusan muktamad CEC yang disifatkan sebagai badan pembuat keputusan tertinggi parti itu perlu dihormati.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797282/berita/politik/enggan-dedah-perincian-hannah-minta-hormati-keputusan-cec-dap
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #DAP #politik #hannahyeoh"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-21T08:55:19.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P42S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbazf3i"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbazf3i"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbazf3i"></script>