Bersatu cuba wujud propaganda konon dapat sokongan belia: Najib

Iklan
Najib

SHAH ALAM – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) didakwa cuba mewujudkan propaganda kononnya parti itu mendapat sokongan belia.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pada awal tahun lepas, kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengumumkan Undi 18 akan ditunda hingga selepas 1 September 2022 dengan alasan integrasi data perlukan masa.

Iklan
Iklan

"Ketua Armada Bersatu (Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Akmal) pun kata belia belum bersedia untuk mengundi.

"Setelah dikecam teruk oleh pelbagai pihak termasuk saya, dia cuba beri penjelasan. Dia kata kenyataannya telah disalah taksir. Dia bukan kata belia belum bersedia untuk undi, tapi belia perlu diajar sebelum sedia mengundi," ciap Najib di Twitter beliau pada Isnin.

Iklan

Katanya lagi, selepas kerajaan PN tumbang, Undi 18 telah dilaksanakan dengan serta-merta.

"Hari ini pula, PN berebut-rebut nak pikat Undi 18, kononnya Bersatu-PN adalah pilihan belia, kata propaganda mereka.

Iklan

"Tapi internet tak lupa, belia tak lupa,” sindirnya.

Pada Februari tahun lalu, Ketua Armada Bersatu, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, kenyataannya berhubung anak muda Malaysia belum bersedia untuk mengundi telah disalahertikan oleh sesetengah pihak.

Sebaliknya beliau menjelaskan apa yang ingin disampaikan ialah, belia perlu dididik supaya mereka bersedia sepenuhnya untuk membuat keputusan.