Peniaga itik salai sukar dapat bekalan

Iklan
Normah Lawati menyalai empat ekor itik di gerainya di Teraci.

KUALA PILAH - Peniaga itik salai di kawasan Teraci di sini mendakwa sukar mendapatkan bekalan itik sejak hujung tahun lalu.

Iklan
Iklan

Keadaan semakin meruncing ketika cuti perayaan Tahun Baharu Cina sehingga menyebabkan perniagaan mereka terjejas.

Peniaga Normah Abu, 57, berkata, itik salai kini mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan tetapi malangnya sukar didapati sejak beberapa bulan lalu.

Iklan

"Saya bergantung kepada jualan produk salai termasuk ikan keli, daging dan burung puyuh.

"Bagaimanapun. dalam minggu ini ramai yang berhenti di gerai dan bertanyakan itik salai. Ramai pelancong memaklumkan itik salai Negeri Sembilan tidak sama di tempat lain," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Iklan
Normah

Normah memberitahu, sebelum ini dia boleh mendapat bekalan itik 30 sehingga 50 ekor seminggu tetapi kebelakangan ini sekitar 15 ekor sahaja tetapi terpaksa berkongsi bekalan dengan peniaga lain.

"Ada kalanya kami terputus bekalan. Masalah ini berlaku selepas tragedi banjir hujung tahun lalu dan kejadian itu juga menjejaskan produk itik salai yang paling mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan," katanya.

Normah turut mendakwa mendapat maklumat pembekal itik salai terpaksa menaikkan harga disebabkan harga dedak mahal.

Lawati Abu Bakar, 49, pula berkata, bukan sahaja bekalan itik berkurangan,tetapi harga daripada pembekal juga naik sehingga mencecah RM14 sekilo menyebabkannya terpaksa menaikkan harga kepada RM45 seekor berbanding sebelum ini antara RM30 ke RM40 seekor.

"Berapa sangat untung yang kami dapat. Nak jual mahal sangat nanti pembeli bising.

"Pembekal pula memberitahu mereka terpaksa menaikkan harga kerana kos makanan mahal. Saya harap sangat kerajaan bantu atasi masalah ini," katanya.

Ujarnya, kenaikan harga barang termasuk itik didapati berlaku selepas rentas negeri dibenarkan.

"Sekarang ada permintaan itik salai tetapi produk pula tiada dan keadaan ini sangat merugikan peniaga," katanya.

Mohamad Saiful Nizam

Seorang lagi peniaga, Mohamad Saiful Nizam Jahaluddin, 36 berkata, sudah seminggu dia hanya bergantung kepada produk daging salai sahaja kerana sukar mendapat bekalan selain harga yang tinggi.

" Bekalan itik semakin berkurangan sejak pertengahan Disember tahun lepas dan sejak itu juga harganya naik.

"Saya percaya kira-kira 20 peniaga itik salai di sepanjang jalan Kuala Pilah - Seremban ini senasib dengan saya. Kami berharap hal ini tidak berpanjangan kerana permintaan terhadap itik salai tinggi," katanya.