'Bertahanlah Rayan' - Riyad Mahrez

Iklan
Operasi menyelamat Rayan diteruskan tanpa henti sejak Selasa lalu. (Gambar kecil: Rayan) - Agensi

LONDON - Bintang Manchester City dan Algeria, Riyad Mahrez turut menyatakan solidariti terhadap Rayan, budak lelaki yang jatuh dalam perigi sedalam 32 meter (m) di Maghribi.

Ketika ini, tanda pagar #SaveRayan menjadi tular di seluruh Afrika Utara termasuk negara jiran Algeria ketika usaha menyelamatkan mangsa memasuki peringkat akhir.

Iklan
Iklan

Riyad memuat naik gambar Rayan di Twitter bersama tanda pagar #StayStrong.

Proses menyelamat Rayan bukan sahaja menarik perhatian penduduk Mahgribi namun ia turut diikuti di seluruh dunia.

Iklan

CNN, BBC, Al Jazeera antara media yang melaporkan insiden yang berlaku di perkampungan Ighrane sejak Selasa lalu.

Difahamkan, kedudukan mangsa berada dalam jarak kurang 20 kaki dan usaha menggali diteruskan dengan penuh berhati-hati susulan kebimbangan berlaku runtuhan dalam perigi tersebut.

Iklan

Mangsa jatuh dan terperangkap dalam perigi tersebut sejak Selasa lalu. - Agensi